Tahāfut At-Tahāfut
Tahāfut At-Tahāfut

Tahāfut At-Tahāfut

Tahāfut At-Tahāfut (Bahasa Arab: تهافت التهافت‎, "Sengkarut Sengkarut") ialah sebuah maharakya falsafah dikarang Ibnu Rusyd (m. 1126–1198), seorang polimates dan ahli falsafah Islam dari Al-Andalus,[1] yang merupakan hujah beliau untuk membela penggunaan falsafah Aristoteles dalam falsafah Islam. Ia ditulis dalam bentuk dialog yang menyanggah dakwaan Al-Ghazali dalam Tahāfut Al-Falāsifah yang dikarang mengkritik falsafah Neo-Plato.Ia dikarang dalam bahasa Arab sebelum kemudiannya diterjemahkan ke pelbagai bahasa lain. Kitab ini dianggap sebagai karya penting Ibnu Rusyd yang cuba membuahkan harmoni antara hal keimanan dan bidang falsafah.